Duit Syiling Yasin memang mempunyai kisah misteri yang tersendiri. Ada yang mengatakan ia berusia sekitar 800 tahun. Yang pasti usia nya lebih dari 100 tahun. Ramai yang mewarasi syiling yassin ini secara turun temurun. Yang original semakin susah untuk di temui. Anda nilaikan sendiri syiling yassin di blogspot ini.
Wednesday, 29 January 2014
Tuesday, 28 January 2014
Syiling Yasin - Baru dapat tadi kat pasar tani seremban dari en hasyim
ATAS - Sebelum dibersihkan.
BAWAH - Selepas dibersihkan.
Dah berbulan2 tak pergi pasar tani hari selasa di ampangan, seremban, n9. Tadi pergi dan biasalah terus ke gerai en hasyim. Dah bertahun2 en hasyim ni berniaga di pasar tani ampangan, jual cincin dan batu2 permata. Kira saya ni regular customer lah. Tanya duit yasin dan dia keluarkan dalam 12 keping. Tanya harga , dia kata biasa dia jual rm x0 tapi regular customer dia beri sy rm x5. Saya pilih 5 keping di atas dan minta rm x00. Dia menung sekejap, mungkin sbb sy first customer yang singgah lepas hantar anak pergi sekolah, dia setuju dengan harga tu. Ya, harga yg betul2 tak masok akal, rm x00 untuk 5 keping syiling yasin yang agak rare dan original.
Kadang2 saya pun confuse tentang harga syiling yasin ni. Kalaulah syiling di atas warisan turun temurun tentunya harga jualan pemilik ialah ribu2 dan tak terjangkau untuk collector macam saya ni. Saya yakin syiling ni en. hasyim dapat dari indonesia berdekatan kampung nya di padang. Kalau syiling ni senang di dapati di indonesia tentunya kita akan melihat iklan yang banyak tentang jualan syiling yasin ni di laman2 jualan indonesia. Di sana syiling disebut sebagai koin yasin. ( Pembetulan - baru2 ni berkunjung semula ke en. hasyim, sy tanyakan di mana dia dapat syiling yasin sebelum ini. Jawapannya membuat sy tersenyum, dari orang Nepal yg menjual kepadanya. Hati sy berkata, patutlah sy boleh dapat harga yang begitu special, jadi org nepal tu ialah pemilik asal, yang mungkin dapat dengan free, jumpa kat mana2, jual pd en hasyim dgn niat asal jadi duit. Dan en hasyim jual pada saya dgn niat asal ada untung sikit. Itulah sebab nya sy dapat harga yg bagus itu.) Hakikatnya tak banyak design yang cantik2 dari laman2 web indonesia dan harga pula selalu dalam lingkungan juta2 rupiah, sampai ke 50juta rupiah. Saya juga ada membeli design seperti syiling di atas dengan harga yang cukup mahal. Banyak kali ganda, harga yang saya dapat tadi.
Saya tak marah kalau ada orang yang jual harga puluh2 ribu sebab mungkin syiling itu semacam harta warisan turun temurun, tentulah mahal dan cukup bererti bagi penjual. Saya pun perasan kadang2 kawan saya jual harga yang tinggi pada saya walaupun saya dapat agak yang dia dapat syiling tu pada harga yang agak rendah. Tapi apa boleh buat, kalau banding dengan harga kat mudah.my, lagi lah mahal. Yalah dah rezeki masing2. Dah dia tahu ini memang minat saya dan dia pun tahu design tu saya tak ada lagi. Pun begitu tak lah sampai ribu2, kalau sy tak beli rasanya dia pun susah nak dapat buyer dan jadi masalah pula kat dia. Baru2 ni saya test market, iklankan koin yasin saya kat mudah.my. Ada 8 keping design yang agak rare dan cantik. Dah hampir 2 minggu lebih dan saya tak dapat satu panggilan talipon pun bertanyakan harga syiling yasin yang saya iklankan. Kesimpulannya bukan senang nak jual koin yasin ni dengan harga ribu2.
Selalunya koin yasin ini akan dikaitkan dengan cerita2 mistik seperti mempunyai khadam yang kuat dan boleh menolong pemiliknya mendapatkan harta dari alam ghaib atau sebagai pemurah rezeki, pelaris, dipandang tinggi oleh masyarakat dan juga boleh kebal darurat untuk pemiliknya. Bila pekara2 mistik dikaitkan dengan sesuatu syiling yasin maka ini akan menjadikan harga syiling tersebut melambung dengan tinggi. Hakikatnya hanyalah cerita-cerita yang saya sendiri hingga kini tidak dapat mengesahkannya. Setakat bercerita boleh tarik duit dari alam gaib, memanglah menyeronokkan. Mendapat harta berupa duit bernilai berjuta2 ringgit, penoh satu bilik dll. Mungkin erti sebenar menarik duit dengan syiling yasin ini ialah bila saya dapat jual sekeping koin yasin atau beberapa keping koin yasin saya dengan harga berpuloh2 ribu ringgit. Ya, rasanya itu lah sebenarnya tarik duit dengan koin yasin. Wallah hu alam.

Mungkin suatu hari nanti bila ada kajian yang lengkap dari muzium negara, barulah harga syiling ni akan tinggi. Hingga saat itu saya rasa biarlah saya simpan syiling2 yasin ini untuk warisan anak dan cucu saya. Moga2 mereka nanti akan dapat menghargai usaha yang saya lakukan untuk memelihara satu hasil seni masyarakat Islam masa lalu.
Monday, 27 January 2014
Wednesday, 22 January 2014
Very Rare - Nabi Khidir pegang tongkat pikul bungkusan
Sekali pandang mungkin anda tak rasa koin di atas rare. Keadaan rupa syiling yang bersih dan bersinar membuat kita fikir yang koin ini buatan baru dan bila buatan baru, harga pun tak mahal dan tak rare.Tapi bila anda perhatikan betul2 koin ni baru anda dapat rasakan apa yang saya rasa. Lihat muka depan syiling ni, design pattern cina seperti one dollar trade.
Design border yang jelas dan timbul. Perhatikan orang tua bongkok pada muka depan koin. Bahagian yang timbul ialah outline orang tua bongkok sampailah kepada detail kasut dan tongkat. Ini lain dari kebiasaan koin dimana selalu yang timbul ialah bahagian dalam dan bukan outline seperti koin di atas.
Lihat juga detail dimana pedang bersilang di muka ke 2 koin. Sangat perfect. Kita tanya diri kita bagaimana koin tembaga ini dibuat. Sudah tentu bukan dengan keadah stamping dan die cast. Sebab kita boleh lihat pemukaan syiling ini tidak rata seperti syiling tembaga yg di buat dengan keadah stamping. Keadah stamping, ada sheet tembaga, Tebuk bnyk2 syiling kosong, di bersihkan kemudian baru cetak satu2 design yg telah diukir pada block pencetak.
Jadi syiling di atas di buat dengan keadah moulding di mana ada cecair tembaga panas yang di tuang ke dalam acuan tanah liat atau tembaga panas yang di tekap antara dua muka acuan. Ini andaian saya sahaja.
Cuma yang menjadikan syiling di atas rare ialah hasil yang di perolehi dengan keadah yang sangat kuno. Dengan keadah moulding, tembaga cair pada suhu atas1000 darjah celcius dan keras dalam masa yg cepat, susah untuk kita memikirkan bagaimana koin ini terhasil. Kalau anda perhatikan syiling2 tembaga masakini yang cantik2 di buat dengan teknologi laser dan komputer utk block pencetak dan keadah stamping. Hasilnya permukaan syiling yang sangat rata dan tak ada buble atau lekuk2 halus.
Lihat outline pada tangan atas tongkat pada syiling di atas. Sangat jelas , tidak ada tembaga yang tersekat. Fikirkan tentang ruang udara pada design yang sangat halus, sepatutnya mesti ada garisan "outline" yang terputus sewaktu tembaga panas memenohi ruang2 halus pada dua2 muka syiling ini.
Sebenarnya sy tak pernah lihat ukiran timbul seperti ini pada mana2 bekas tembaga lama yang saya kumpul selama ini. Selalunya ukiran pada bahan tembaga adalah dengan keadah mengetuk dengan peralatan tertentu. Menghasilkan garisan2 halus timbul yang sangat rapat seperti design koin tembaga di atas adalah sesuatu yang baru dan sungguh menakjubkan.
Akhirnya koin di atas bila dilagakan menghasilkan bunyi yang sungguh nyaring menandakan tembaga di atas adalah padu. Lebih menyeronokkan, saya beli koin tembaga ini dari sorang kawan. Dia kata dapat dari sorang pawang ni yang dapat syiling ni daripada alam bunian, melalui permohonan. Dan lagi tongkat tu tak ada bahagian lebih dari atas tangan. Ciri2 yang diinginkan oleh jemaah tarik duit. Bagi saya syiling di atas tetap misteri, cantik buatannya dan very rare.

2 gambar di atas adalah versi lain yang saya ambil dari web kawan saya, en zain
Perhatikan gambar orang tua bongkok, yang timbul ialah bahagian dalam. Ini ialah syiling bismillah yasin 9. Syiling cantik dan di katakan di perolehi dari alam bunian.
Gambar ke 3 , dari google search. Saya fikir gambar ke 3 adalah cubaan untuk meniru syiling asal yang tak jadi. Lihat detail tulisan dan bahagian design tepi syiling tidak timbul. Warna tembaga juga tidak sama
dgn koin asal dan tembaga melimpah ke tulisan yang lain.
Syiling pedang bersilang di atas bersaiz syiling 50sen.
Tapi yang timbul ialah bahagian dalam.
Kesimpulannya syiling2 ini dari tempat yang sama.
DARI ALAM SEBELAH..........??????