Wednesday 26 February 2014

Rare - Bismillah 5, Bismillah 7, dan Bismillah 8 , versi baru muncul di pasaran.








Design kaabah seperti kotak ini, pertama kali saya lihat dan jumpa. Beli kat pasar tani dengan harga yang cukup menyenangkan hati saya. Murah 10x dari harga yg biasa sy bayar untuk syiling seumpamanya. Gambar kaabah bentuk kotak dan tulisan timbul bismillah yg sangat jelas, Warna tembaga nampak cerah, macam buatan baru dan sama macam syiling nabi khidir sy,  posting 22/01/14 - klik sini -
Walaupun buatan baru tapi tetap misteri dan cantik seni buatannya.

Rare - syiling jawa kuno









Setelah 3 tahun, di atas ialah syiling jawa kuno tembaga yang berjaya saya kumpul yang saya yakin betul2 rare dan original. Bukan senang untuk dapat memiliki syiling di atas. Entah lah, hobi mahal yang betul2 menguji diri ini.

Monday 17 February 2014

Dah jadi kepunyaan ku






Akhir nya dapat juga saya miliki syiling naga tembaga ini. Cantik sungguh hasil seni syiling jawa kuno ni. Yang berlubang tu sy beli di internet. Tuan punya kata atuk dia beli di istanbul, turki. Masa tu saya beli semua 8 keping rm800. Ni comment pemilik asal bawah posting syling purba ( the ancient coins) posting 21 june 2012.
 (((  All these ancient coins has been sold to someone with common market price.  I also can't describe the history of these coins. Some people said it was came from China and Arabian traders. I already sold these coins RM100 each. Got it from my late grandfather. Perhaps it was made around 18th century..and now, i'm still looking for the real details. ))).

Yang jelas Sir Thomas Stamford Raffless adalah orang yang pertama kali menulis tentang koin Gobog Wayang, sewaktu menduduki posnya sebagai Gubernur Jendral Inggris di Jawa tahun 1811-1816. Gambar koin gobog wayang dalam buku joe cribb berdasarkan koleksi raffless masih ada di department of coins and medals di British muzium di London. (The British Museum is a museum in London dedicated to human history and culture. Its permanent collection, numbering some 8 million works, is among the largest and most comprehensive in existence and originates from all continents, illustrating and documenting the story of human culture from its beginnings to the present). 
Detail memang cantik, sama mcm syiling di atas. Satu pertanyaan, berapa yang sanggup anda bayar untuk barang yang layak untuk menjadi bahan pameran di muzium.??

Yang tak ada lubang tu warisan turun temurun. Sebab tu mahal. Sekeping syiling hanya sekeping syiling biasa yang tidak berharga jika tiada pengesahan tentang sejarah syiling tersebut. Kalau ada lab test, tentu lebih baik. Macam permata yang ada lab certificate. Dah tak boleh dipersoalkan tentang harga nya jika dijual mahal.













Saturday 15 February 2014

Rare - Best of the best Gobog Wayang










Penyerahan keris, satu lambang penyerahan kuasa. Ada cerita di sebalik gambar.

Very Rare - 2 koin gobog wayang motif zaman nabi sulaiman













Koin gobog ini pertama kali sy miliki 2 tahun lepas. Kini sy dapat satu lagi koin gobog motif ular dan gajah. Memiliki dua koin yang rare ini membuat saya betul2 rasa teruja. Sy yakin lebih 90 peratus bahawa memang 2 koin gobog di atas sudah berusia beratus tahun. Pertama atas dasar cerita orang yang menjual kepada saya yang mengatakan bahawa ini adalah barang warisan turun temurun. Kedua atas dasar motif gambar yang sama dengan koin sezaman nya. Ketiga kerana koin gobog ini belum ada lagi motif2 Islam seperti tulisan jawi dan gambar bulan dan bintang. Mungkin dari abad 13 atau 14 masehi.

Kenapa masih tak yakin 100 peratus. Kerana pertamanya, cuba perhatikan gambar pertama. Detail kedua2 syiling di atas hampir sama betul. Lihat titik di bawah badan ular yang sama dan mulut ular yang sama dan banyak lagi detail yang sama. Mula2 masa dapat satu saja syiling ni saya fikirkan yang ini adalah buatan yang tak jadi sebab tak ada gambar yg jelas seperti lain2 koin gobog. Seolah2 buatan segera bukan pakar dan ada bnyk ukiran tembaga2 timbul di mana2. Bila dapat syiling yang lagi satu ini,  pandangan saya terus berubah. Melihat 2 syiling yang hampir serupa saya merasakan acuan untuk koin tembaga ini mestilah acuan yang benar2 hebat. Kalau acuan tak hebat masakan boleh dapat hasil yang hebat. Kedua cuba lihat lubang pada kedua2 koin di atas. Sy yakin lubang ini di buat kemudian, setelah koin siap dari proses acuannya. Lubang pada 2 koin di atas sangat bulat dan tajam pada sisinya. Sy rasa bukan terhasil dengan keadah ketuk. Cuba gunakan paku dan ketuk pada permukaan tembaga yang keras. Tentu hasilnya akan kacau bilau. Seolah2 lubang itu terhasil dengan teknologi mesin moden seperti gerudi atau alatan memotong yang benar2 tajam. Dan bayangkan pada abad ke 13 mereka sudah memiliki teknologi membuat acuan untuk penghasilan koin tembaga secantik di atas dan alat membuat lubang secanggih pisau laser.

Alangkan best kalau ada CSI lab, Boleh kaji macam2. Boleh kikis kesan hitam pada tembaga di atas. Kalau cat zaman moden tentu csi lab boleh kesan. Boleh buat xray dan mcm2 lagi. Boleh kaji dan cuba buat pekara sama. Projek, hasilkan koin serupa dengan segala peralatan moden yang kita ada. Kalau tak mampu, maknanya bukan teknologi zaman moden yang buat koin ni dan baru lah kita akan kata oooooo dan wauuuuuu.   dan  omg i am so speachless.

Thursday 13 February 2014

Rare - Koin Tembaga Gobog Wayang , Depan Gambar Rama-rama












Koin Gobog wayang posting 10 January 2014.

Koin gobog wayang tulisan Allah dan Muhammad di tengah, di atas sy beli dari kawan yang mendapatkan nya setelah mencari di 5 buah kedai barang antik di Melaka. Inilah yang rare dan saya pun sependapat dengan nya.

Mengikut cerita kawan gambar gobog wayang tu ialah gambar dua orang jin yang ada sewaktu zaman nabi sulaiman lagi. Dua org jin ini memang sanggup dan sedia untuk berkhidmat pada manusia yang beriman dan beramal saleh yang dekat kepada Allah dan berpegang dengan ajaran Nabi Muhammad saw.

Cuba perhatikan tulisan Allah dan Muhammad pada kedua2 syiling di atas. Sekiranya satu syiling di buat selang beberapa tahun di tempat yang berbedza tentu kita akan melihat motif design tulisan yang berlainan. Seolah2 syiling2 ini dibuat di satu dearah dan negeri yang sama. Bukan satu di buat di Malaysia dan yang satu lagi di Indonesia. Yang pasti kedua2 syiling di atas bukan buatan baru. Gobog wayang berlubang di atas adalah warisan turun temurun yang berusia sudah lebih 100 tahun, kepunyaan seorang kawan yang belum ingin menjualnya lagi. Menurut yang empunya koin gobog berlubang di atas, koin tersebut di bawa ke tanah melayu oleh moyang2 beliau dari kepulauan jawa. Pelik, kenapa satu berlubang dan satu lagi ada tulisan Allah dan Muhammad. Design macam serupa tapi rasanya ada detail yang berbedza. Anda fikirkan sendiri.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...