Tuesday 29 April 2014

Ibu Panca Delima (For Sale) Rm 5000 (NEGO)

ibu panca delima retak seribu






Saya telah menyimpan ibu panca delima ini selama 3 tahun. Datang sepasang dari rembau, negeri sembilan. Datang dari bahagian akar pokok serai bunga. Telah di sahkan oleh yang pakar. Selalu keluar setahun sekali sahaja. Jarang ada dan jarang dapat sebesar ini, sebab itulah di panggil ibu panca delima retak seribu. Sesuai untuk dibuat loket untuk wanita. Khasiat dll boleh search google. Kalau cincin besar sangat.

Ingin dimaharkan kepada yang berminat. Sila sms atau call saya di 013-7708080. First come first serve, kalau terlepas nanti menyesal tak sudah. Harga lebih mahal di blog lain,. Jarang jumpa yang sepasang. Satu untuk ibu dan satu untuk isteri, Atau untuk 2 isteri tersayang. Kalau berhajat harap call segera. Boleh booking kalau takut terlepas pada orang lain. Booking rm200. Akan di kembalikan jika tak ada bayaran penoh selepas seminggu. Tq.

Friday 11 April 2014

Syiling Yassin - satu perbandingan.





Sila perhatikan syiling yasin di atas. Perbedzaan antara buatan tangan, keadah kuno yg kita tak pasti macam mana dengan buatan mesin, keadah moden secara stamping dan syiling yang dihasilkan di kilang secara banyak. Lihat syiling secara stamping ada kesan timbul tajam pada tepi syiling.
Syiling paling lama di atas ialah syiling united states of america quarter dollar, liberty (in God we trust) tahun 1969.

Wednesday 9 April 2014

Rare - Yasin bismillah 1, bismillah 2, bismillah 3, bismillah 4, bismillah 5, bismillah 6, bismillah 7, bismillah 8 dan bismillah 9.











Akhirnya lengkap juga koleksi yasin bismillah saya dari yasin bismillah 1 hingga bismillah 9. Rasa puas yang tak terkata. Saya ada melihat yang serupa di blog lain, juga ada di jual di mudah.my baru2 ni. Cuma yang membuat saya gembira ialah syiling yang saya dapat di atas lebih cantik cetakan atau moulding dia, Kecuali pada yasin bismillah 3 yang tulisan nya agak tebal sikit.
Mengikut penjual yasin ini dapat dari bandung, indonesia. Tapi yang saya dapat 4 keping dari penjual dari nepal. Walau apa pun, yasin bismillah di atas tetap cantik buatan nya dan akan saya simpan untuk koleksi berharga saya.

Telah di maharkan - Yasin kaabah untuk tujuan perubatan.


Kedua yasin kaabah di atas memang rare. Sayang nak di lepaskan. Saya baru dapat setelah tiga tahun collect syiling yasin ni. Moga dapat memberi manafaat kepada pembeli dari kuala terengganu. Hanya kepada Allah kita berserah kerana Dia lah yang maha menyembuhkan segala penyakit.

Thursday 3 April 2014

Syiling yasin 5, tongkat bercabang




Syiling di atas memang biasa kita jumpa di jual di mudah.my. Cuma yang istimewa syiling di atas ialah condition nya yang sangat cantik. Langsong tidak ada kesan tajam pada bahagian tepi syiling. Pattern syiling juga sangat jelas dan lain2 detail syiling juga timbul dengan sangat cantik. Ini lah pertama kali saya jumpa syiling secantik di atas. Saya dah ada syiling yang serupa di atas tapi aura nya tak sama. Tak secantik syiling di atas. Mula2 dapat syiling di atas kelihatan sangat putih seperti perak putih. Selalu syiling perak agak kusam sedikit. Ciri2 syiling yasin perak original ialah bahagian tepi syiling yang sangat licin dan tak ada langsong kesan2 tajam syiling. Setelah berlalu masa, syiling di atas kelihatan seperti kuning emas. Cara dapat, sama seperti syiling wali 1 atau syiling wali Allah di bawah.
Misteri.....

Rare - Syiling yasin 2 , gambar wali Allah






Syiling wali Allah atau syiling yasin 2, belakang hijir ismail dan hijir aswad.
Syiling ini saya dapat dari kawan saya yang menebus nya dari kawan dia yang dapat dari kawan dia hasil dari satu upacara tarik barang.
Khadam jin dia bawak dari kepulauan jawa. Masa dapat, kawan sy kata syiling ni kelihatan lama tapi di sebabkan nak nampak cantik, dia dah kilatkan dengan autosol. Dia silap faham, sebenarnya saya pun tak kilatkan syiling lama yang saya beli. Yalah bila dah kilat, dah nampak macam baru. Tapi syiling di atas memang sah syiling lama berdasarkan warna logam tembaga tu. Tembaga sekarang tak sama macam tembaga dulu.
Design ni memang rare. Ini kali kedua saya melihat syiling ni, kali pertama di blog seperti di bawah.




Syiling di atas berbedza sedikit kat bahagian tepi syiling dan org tua tu pegang tasbih kat atas perut dia. Pelik, acuan yang sama tapi senang pulak nak letak tasbih. Lihat betapa nipisnya syiling pertama di atas. Perut org tua di atas memang betul2 bulat dan tinggi sedikit dari bahagian syiling yang lain. Hebat orang dulu buat acuan untuk syiling ni. Ada tasbih lagi. Terbaik.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...