Tuesday, 3 January 2012

Duit Yasin Kapal Layar , Yasin Satu



Juga di sebut sebagai yasin 1 atau yasin rama-rama. Maksud perkataan mahaddinah ialah pembuka untuk barang-barang lain datang kepada kita. Memang di akui, setelah mendapat yassin ini,  saya di permudahkan untuk mendapat koleksi yasin lain. Yassin 1 ni menurut seorg perawat, mengatakan bahawa khasiatnya lebih hebat berbanding yg lain…jika betul caranaya…telah terbukti ia mampu menyahkan kuasa sakti ilmu @ apa2 pun jua kerana ia satu.
Siling Yasiin menjadi rebutan kerana ia mudah untuk menarik wang kerana wang perlu dicari dengan wang atau pun mereka yang beruang. Silling Yasiin yang asli jika kena gayanya diletak dibawah bantal ketika tidur malam jumaat akan bermimpi bidadari dan wanita pula bermimpi bidadara, sebab itu silling ini menjadi rebutan para duda, bujangan dan jandaan. Maka banyaklah mereka yang menyimpan Silling ini kalis berumahtangga.
Dari sudut fadilat mistik ianya bergantung kepada gambar atau ukiran yang terdapat pada siling itu,ada yang dijadikan medium penarik rezeki atau duit tetapi ianya perlu diketahui syarat2 yang terdapat pada siling itu seperti bakul atau bungkusan dan tongkat lambang apa.Ada tongkat yang lambang seperti Y yang disimbolkan sebagai Iyakanak budu sebagai medium penarik sebelum penghujung cabang 2 Y itu ada huruf alif yang bererti tunggal iaitu Allah kepadanya kita bermohon.Yang ada lambang Kaabah ianya menjadi pembuka pintu langit diatas munajat dan banyak lagi simbol2 yang perlu kita mengerti dan fahami. - Dari Blog Karimon.


SEKEPING duit syiling bertahunkan 121 serta mempunyai tulisan Allah, Muhammad dan Yassin dalam tulisan jawi yang mungkin tidak ternilai harganya telah dijumpai dengan beberapa lagi duit syiling serta artifak lain semasa penggalian ekskavasi arkeologi dijalankan.

Selain dari itu pertemuan artifak lain seperti sebatang senjata besi, rantai tembaga, tembikar, tulang binatang dan kayu telah membuka lembaran baru bahawa kedua-dua negeri Kedah dan Perlis mempunyai sejarah silam yang tidak ternilai. Baru-baru nini satu kerja ekskavasi arkeologi fasa kedua telah diadakan di sebuah tapak seluas 100 x 200 kaki bersebelahan kawasan makam Almarhum Kayam Dua kira-kira empat kilometer dari jalan lama Kangar - Kuala Perlis.

Pada awalnya kawasan berkenaan telah dirancang untuk pembangunan tetapi setelah meneliti dan mengkaji kawasan itu, pihak Muzium serta pihak kerajaan Negeri Perlis telah bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja ekskavasi arkeologi bagi mengesan dan menyelamatkan artifak kalau ada. Pada amnya kawasan itu merupakan kawasan hutan belukar sehingga 1960 dimana penanaman padi secara kecil-kecilan telah mula diusahakan oleh penduduk tempatan sehingga awal 1975. Fasa pertama kerja-kerja ekskavasi telah dimulakan pada bulan Jun hingga bulan Disember 1997 manakala fasa kedua telah dimulakan pada bulan Mei hingga Jun 1998.

Seawal bulan November 1997 artifak yang tidak ternilai harganya telah mula dijumpai di tapak yang diusahakan oleh kakitangan Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah yang diketuai oleh Pengarah Kuarator Drs. Mohd. Supian Sabtu. Di antara paling menarik yang dijumpai ialah sekeping duit syiling sebesar 5 sentimeter berwarna perak yang mempunyai ukiran kupu-kupu atau rama-rama yang amat jelas. Duit itu juga mempunyai ukiran Yassin di bahagian atas, manakala tulisan Allah diukir di sebelah kanan dan tulisan Muhammad di ukir di sebelah kiri dan di bawahnya pula tertulis tahun 121, kesemuanya merupakan dalam tulisan jawi serta jelas dilihat. Di belakang duit itu pula diukir sebuah bentara seakan kapal dari Timur Tengah dan diukir pula perkataan seakan berbunyi Nuh serta terdapat pula ukiran bendera yang tidak berapa jelas di hadapan bentara itu. Di sebelah kiri pula terdapat ukiran bulan dan bintang manakala di bawahnya pula terdapat ukiran yang berbunyi seakan ejaan Mahaddinah.

Selain dari pertemuan duit yang mungkin tidak ternilai ini, pihak muzium juga telah menjumpai tiga keping duit lama yang tidak dapat dilihat dengan jelas kerana di katakan diperbuat dari tembaga. Pihak muzium masih lagi menyelidik mengenai tarikh sebenar duit-duit syiling itu dikeluarkan dan abad keberapa ia digunakan. Selain dari itu, pihak muzium telah menjumpai acuan membuat duit atau mould seperti berukiran pokok yang mempunyai persamaan simbol logo yang digunakan oleh Bank Simpanan Nasional sekarang. Acuan itu sedang diproses dengan telitinya agar ia tidak rosak kerana telah berada di perut bumi sekian lama.

Pihak muzium juga telah menjumpai sebatang senjata besi yang dipanggil tekpi iaitu sebatang senjata besi yang mempunyai tiga cabang seperti yang digunakan oleh seniman Agung P. Ramlee dalam filem Sitora dan Enam Jahanam. Satu lagi artifak yang masih lagi disiasat ialah pertemuan sebatang kayu bulat setinggi 12 sentimeter di mana di tengah-tengahnya mempunyai sebuah lubang empat segi. Kesemua artifak yang dijumpai dikatakan datang dari pemerintahan Sultan Zainal Abidin Adzhlin Muazam Shah iaitu Sultan Perlis - Kedah pada abad ke-18.

Bagi fasa kedua pula pelbagai jenis artifak telah dijumpai seperti tulang binatang yang dikatakan sebagai tulang lembu atau kerbau, kayu tiang rumah, rantai tembaga dan batu-batan yang mempunyai ciri-ciri sama yang pernah dijumpai di Lembah Bujang, Kedah. Menurut Drs. Supian kerja-kerja fasa ke tiga akan hanya dimulakan selepas beliau membuat laporan lengkap serta mempunyai kepastian mengenai artifak yang dijumpai. Ini ialah dengan adanya fakta yang lengkap, kerja-kerja ekskavasi akan datang akan lebih menyenangkan serta lebih berkesan. Pertemuan oleh kakitangan Muzium Arkeologi ini amat berharga kepada sejarah negara dan kegigihan mereka membanting tulang di tengah-tengah panas mentari dalam keadaan berlumpur seharian harus diberi kepujian kerana ditangan merekalah terletaknya kenalan sejarah silam.

Sejarah yang tidak boleh diputarbelitkan oleh penjajah. Sejarah yang mungkin menguatkan teori bahawa kita pernah wujud serta mempunyai hubungan perdagangan mungkin beberapa ratus tahun lalu.

Oleh: YUSMAN YUNUS ( di ambil dari Utusan Malaysia)

23 comments:

  1. Saya ada punya duit siling seperti itu, disana tertulis tahun 171. Sebelahnya bertuliskan bahasa arab YASIN 9 X, sebelahnya lagi gambar orang tua berjenggot dan bongkok menjinjing tas dan terdapat lambang bintang diatasnya. Kalau ada yang berminat silahkan call saya tanpa perantara ke 081803713179, sebelum tlp sms dulu. Saya berada di NTB Indonesia. Yang membaca ini tolong bantu di share yaa..............

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Anggaran berapa nilainya?

    ReplyDelete
  4. Ada yang berminat dengan syiling kapal layar ni.. Saya ade sekeping.. Berminat boleh hubungi saya skemaboy86@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. saya pun ade jugak..roheena83@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Sae ade wang thn 1020 dsn thn 1945 sesiapa yang nak maharkan sila dail,,081937316373 lokasi barang kat madura,,

    ReplyDelete
  7. Ya lah, panjang cerita saje,siapa Ade simpan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ada simpan syiling yassin 1 rama2 ini.. Whatsapp 0183820305

      Delete
  8. Saya ade satu nk tgk pm http://www.wasap.my/60143931962

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak beli kapal dlm syilling tu boleh tak.. yg lain tak nak..

      Delete
  9. Saya ade satu nk tgk pm http://www.wasap.my/60143931962

    ReplyDelete
  10. Saya ada syiling rama2 mahkota nak jual 500 sape cepat dia dapat...barang rare col 0195406696

    ReplyDelete
  11. Sy pun ada jumpa dlm mimpi.berminat pm saya

    ReplyDelete
  12. Sya juga baru ada syiling yasin burung Hud UTA emas, blakang 7 pejuru siang penuh dengan nama Dan ayat2..

    ReplyDelete
  13. Saya nama baharuddin duduk Kat pano Rama lapangan perdana iPod. Saya ade punye duit siling yasin 1 atau yasin gambar Rama Rama sebelah nye gambar kapal layar. Tahun 121.

    ReplyDelete
  14. Sy ada satu yasin rama2 ni. Berminat boleh whassap 0109104438

    ReplyDelete
  15. Sy ada yasin 1 rama2..berminat whtaps 010-3017736..seremban n.s..

    ReplyDelete
  16. Saya ada sekeping duit syiling perak yang sama seperti ditas, gambar rama2 dan bahtera Noh tahun 121.

    ReplyDelete
  17. Saya pun ada...zaman skrg brpa nilai barang sperti itu

    ReplyDelete
  18. Saya pun ada...zaman skrg brpa nilai barang sperti itu

    ReplyDelete
  19. Salam boleh Saya tau berapa nilainya bole whatapp Saya+65 98861629

    ReplyDelete
  20. Saya ada sekeping syiling rama² ada yang berminat beli whatsapp saya 01131742125

    ReplyDelete