Wednesday, 12 February 2014

Rare - Duit syiling Ibu Yasin, Yasin Mahkota atau Yasin Wafak 4 penjuru









Setakat ini sy ada 2 keping syiling ibu yasin ini. Syiling di atas adalah yang terbaik dengan gambar yang begitu jelas dan timbul. Sangat cantik dan sangat susah untuk dapat syiling yang sebaik di atas. 
Saya ada terbaca di satu tulisan di internet yang mengatakan bahawa banyak syiling yasin ini adalah palsu cetakan kemudian yang di hasilkan oleh tukang2 emas di kelantan. Kalau benar lah kenyataan itu tentunya akan ada banyak syiling serupa di atas di pasaran. Hakikatnya tidak begitu dan syiling di atas di buat secara moulding atau ada acuan. Persolaan nya acuan itu dari bahan apa. Adakah dari plantinum. Tentu nya bukan tanah liat atau kayu. Tentunya bahan yang tahan suhu panas dan keras untuk dapat di ukir gambar rama2 di atas. Org yang mengukir ini pula tentunya berpandukan design asal sebab detail gambar adalah sama dengan syiling seumpamanya. Bayangkan mengukir dalam reverse atau negative. Cuba lihat di atas kepak rama2 itu ada tulisan Allah dan Muhammad. Ada 3 layer di situ. Bayangkan satu hasil seni dengan tangan membuat acuan yang begitu cantik. Kesimpulannya tukang akan mengambil masa yang terlalu lama untuk menghasilkan syiling di atas dan menjadikan harga jualan terlalu mahal. Alangkah mudah jika ada seseorang yang dapat menghuraikan when, what, where and why. Setiap sesuatu benda di alam ini mesti ada asalnya. 
Hanya Allah swt yang maha mengetahui.

3 comments:

  1. Saya ad duit niew call saya untuk maklumat lanjut 0133214306

    ReplyDelete
  2. Saya ada nak jual murah col 0195406696

    ReplyDelete
  3. saya ada berbagai syiling yasin....IBU Syiling Yasin 7 emas..Duit Syiling Yasin Wali 7 emas dan berbagai...berminat boleh whatsapp 0172692378....boleh lihat pics....TQ

    ReplyDelete