Saturday, 15 February 2014

Very Rare - 2 koin gobog wayang motif zaman nabi sulaiman













Koin gobog ini pertama kali sy miliki 2 tahun lepas. Kini sy dapat satu lagi koin gobog motif ular dan gajah. Memiliki dua koin yang rare ini membuat saya betul2 rasa teruja. Sy yakin lebih 90 peratus bahawa memang 2 koin gobog di atas sudah berusia beratus tahun. Pertama atas dasar cerita orang yang menjual kepada saya yang mengatakan bahawa ini adalah barang warisan turun temurun. Kedua atas dasar motif gambar yang sama dengan koin sezaman nya. Ketiga kerana koin gobog ini belum ada lagi motif2 Islam seperti tulisan jawi dan gambar bulan dan bintang. Mungkin dari abad 13 atau 14 masehi.

Kenapa masih tak yakin 100 peratus. Kerana pertamanya, cuba perhatikan gambar pertama. Detail kedua2 syiling di atas hampir sama betul. Lihat titik di bawah badan ular yang sama dan mulut ular yang sama dan banyak lagi detail yang sama. Mula2 masa dapat satu saja syiling ni saya fikirkan yang ini adalah buatan yang tak jadi sebab tak ada gambar yg jelas seperti lain2 koin gobog. Seolah2 buatan segera bukan pakar dan ada bnyk ukiran tembaga2 timbul di mana2. Bila dapat syiling yang lagi satu ini,  pandangan saya terus berubah. Melihat 2 syiling yang hampir serupa saya merasakan acuan untuk koin tembaga ini mestilah acuan yang benar2 hebat. Kalau acuan tak hebat masakan boleh dapat hasil yang hebat. Kedua cuba lihat lubang pada kedua2 koin di atas. Sy yakin lubang ini di buat kemudian, setelah koin siap dari proses acuannya. Lubang pada 2 koin di atas sangat bulat dan tajam pada sisinya. Sy rasa bukan terhasil dengan keadah ketuk. Cuba gunakan paku dan ketuk pada permukaan tembaga yang keras. Tentu hasilnya akan kacau bilau. Seolah2 lubang itu terhasil dengan teknologi mesin moden seperti gerudi atau alatan memotong yang benar2 tajam. Dan bayangkan pada abad ke 13 mereka sudah memiliki teknologi membuat acuan untuk penghasilan koin tembaga secantik di atas dan alat membuat lubang secanggih pisau laser.

Alangkan best kalau ada CSI lab, Boleh kaji macam2. Boleh kikis kesan hitam pada tembaga di atas. Kalau cat zaman moden tentu csi lab boleh kesan. Boleh buat xray dan mcm2 lagi. Boleh kaji dan cuba buat pekara sama. Projek, hasilkan koin serupa dengan segala peralatan moden yang kita ada. Kalau tak mampu, maknanya bukan teknologi zaman moden yang buat koin ni dan baru lah kita akan kata oooooo dan wauuuuuu.   dan  omg i am so speachless.

3 comments:

  1. Asalam..sy ada syilin yasin 9, syiling yasin masjid timah hitam dan alquran kecil...sesiapa berminat bolehla wasap kepada sy 0174154005. Untuk lihat gambar atau lihat secara terus..anda boleh nilai sdr nilainya...insyallqh..dipermudahkan..amin

    ReplyDelete
  2. Sya punya 1 uang yang sama apakh anda brminat untuk mmbeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0127972204 berminat whatapps sy

      Delete