Wednesday 11 December 2013

Syiling yasin wali 7 ori


Yasin wali 7, harga 35k seperti iklan di mudah.my
Harga untuk yang original memang mahal.
Tapi harga saya jual, masih boleh nego lagi.

Syiling Yasin berdoa wali 7



RARE - Syiling saydina ali atau wahid dinar emas


Kawan kata syiling ni diperbuat dari emas. Kalau betul emas kayalah saya. Kawan pinjam untuk proses. Sampai sekarang belum berhasil dan belum pulang lagi. Asal pulang cukup, jangan tak pulang, kalau tak pulang menangis tak berlagu lah nampaknya. Kalau kaya nanti saya update lagi. ha ha ha

Yasin 7 wak dogol


Tuesday 10 December 2013

Yasin Wali 9, 50 ribu sahaja, seperti iklan mudah.my


Atas ni saja sy printscreen iklan kat mudah.my tentang penjualan syiling yasin wali 9. Tentu seronok kalau dapat jual syiling wali 9 saya dengan harga 50k. Mungkin di luar sana ada orang yang terlebih2 duit dan mahu menolong saya. Memang syiling ni sesuatu yang saya senang dan rasa gembira untuk di simpan, tapi duit 50k lebih penting. Dapat gunakan untuk modal berniaga, pergi umrah , naik haji, bersedekah dan tolong orang lain. Dapat jual 25k pun dah syukur alhamdulliah. Yalah rezeki manusia siapa tahu kan. Anak Rosmah boleh beli condo usd110 juta. Tentu dia tak ada masalah nak beli syiling ni dgn harga 25k. Atau sultan brunei ke, harta dia bilion2. Hopefully suatu hari nanti adalah yang sanggup beli koleksi ku ini dengan harga yang sama dgn simpanan duit epf aku. Amin.

Syiling yasin nabi khidir


Syiling yasin wafak



Syiling yasin korban, nabi ibrahim


RARE - Syiling purba kuno tembaga besar dan berat gambar gajah ular


Syiling ini memang besar dan berat. Diameter dalam 6cm.  Hasil kalian dari internet yang saya rujuk mengatakan syiling serupa ini di buat pada abad 13 ke 14 masihi. Syiling ni melekat dengan magnet. Ada unsur besi kuning kot, saya pernah lihat syiling serupa di blog lain, cuma syiling tu dari timah hitam. Yang jenis tembaga dan melekat kat magnet memanglah rare dan lagi susah nak jumpa. Saya beli dari kawan kat kelantan yang dapat ni dari sorang tua yang dah lama menyimpan nya. Dijual sbb ada hal terdesak. Nasib baik kawan tu pun tak ambil untung banyak.






Yassin tongkat bercabang besar


Yasin kaabah tebal, yasin 9



Yasin kabah bujur telur, asbab kebal




Yasin 8 dan yasin ayam di depan

Syiling yassin ayam dua atau ayam berlaga antara spesis jarang ada di pasaran, yang yasin 8 lagi lah susah nak jumpa sebab kebiasaan nya yasin ni ganjil bukan nya genap. Saya dapat yasin ni dari kawan, dia dapat dari orang tua kat melaka yg katanya dah lama simpan barang ni. Yasin jenis ni lain sikit dari kebiasaan syiling yasin sebab buatannya agak kasar dan tebal. Dulu2 org memang pakai gambar ayam. Syiling ayam penang yg copper tu pun buat kat britain bukan buat kat malaysia.


SYILING AYAM YASIN 7
 
Syiling ni berat, tebal dan sedap di pegang.

Yassin burung ababil

Syiling ni memang pelik. Kawan kata dari alam bunian. Entahlah. Bila di ketuk dgn syiling lain, bunyi nya sungguh nyaring. Ini menandakan syiling ni dari tembaga padu dan pure. Lihat tak ada bintik2 lubang. Nak kata cetak pun tidak, nak kata acuan pun susah.  Semua sekata dengan design timbul. Misteri lagi....

Yasin keris bersilang


Yasin Kaabah dan dua pokok kurma atau yasin bismilah 1


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...