Showing posts with label bongkok. Show all posts
Showing posts with label bongkok. Show all posts

Wednesday, 22 January 2014

Very Rare - Nabi Khidir pegang tongkat pikul bungkusan







Sekali pandang mungkin anda tak rasa koin di atas rare. Keadaan rupa syiling yang bersih dan bersinar membuat kita fikir yang koin ini buatan baru dan bila buatan baru, harga pun tak mahal dan tak rare.Tapi bila anda perhatikan betul2 koin ni baru anda dapat rasakan apa yang saya rasa. Lihat muka depan syiling ni, design pattern cina seperti one dollar trade.
Design border yang jelas dan timbul. Perhatikan orang tua bongkok pada muka depan koin. Bahagian yang timbul ialah outline orang tua bongkok sampailah kepada detail kasut dan tongkat. Ini lain dari kebiasaan koin dimana selalu yang timbul ialah bahagian dalam dan bukan outline seperti koin di atas.
Lihat juga detail dimana pedang bersilang di muka ke 2 koin. Sangat perfect. Kita tanya diri kita bagaimana koin tembaga ini dibuat. Sudah tentu bukan dengan keadah stamping dan die cast. Sebab kita boleh lihat pemukaan syiling ini tidak rata seperti syiling tembaga yg di buat dengan keadah stamping. Keadah stamping, ada sheet tembaga, Tebuk bnyk2 syiling kosong, di bersihkan kemudian baru cetak satu2 design yg telah diukir pada block pencetak.
Jadi syiling di atas di buat dengan keadah moulding di mana ada cecair tembaga panas yang di tuang ke dalam acuan tanah liat  atau tembaga panas yang di tekap antara dua muka acuan. Ini andaian saya sahaja.
Cuma yang menjadikan syiling di atas rare ialah hasil yang di perolehi dengan keadah yang sangat kuno. Dengan keadah moulding, tembaga cair pada suhu atas1000 darjah celcius dan keras dalam masa yg cepat, susah untuk kita memikirkan bagaimana koin ini terhasil. Kalau anda perhatikan syiling2 tembaga masakini yang cantik2 di buat dengan teknologi laser dan komputer utk block pencetak dan keadah stamping. Hasilnya permukaan syiling yang sangat rata dan tak ada buble atau lekuk2 halus.

Lihat outline pada tangan atas tongkat pada syiling di atas. Sangat jelas , tidak ada tembaga yang tersekat. Fikirkan tentang ruang udara pada design yang sangat halus, sepatutnya mesti ada garisan "outline" yang terputus sewaktu tembaga panas memenohi ruang2 halus pada dua2 muka syiling ini.
Sebenarnya sy tak pernah lihat ukiran timbul seperti ini pada mana2 bekas tembaga lama yang saya kumpul selama ini. Selalunya ukiran pada bahan tembaga adalah dengan keadah mengetuk dengan peralatan tertentu. Menghasilkan garisan2 halus timbul yang sangat rapat seperti design koin tembaga di atas adalah sesuatu yang baru dan sungguh menakjubkan.

Akhirnya koin di atas bila dilagakan menghasilkan bunyi yang sungguh nyaring menandakan tembaga di atas adalah padu. Lebih menyeronokkan, saya beli koin tembaga ini dari sorang kawan. Dia kata dapat dari sorang pawang ni yang dapat syiling ni daripada alam bunian, melalui permohonan. Dan lagi tongkat tu tak ada bahagian lebih dari atas tangan. Ciri2 yang diinginkan oleh jemaah tarik duit. Bagi saya syiling di atas tetap misteri, cantik buatannya dan very rare.



2 gambar di atas adalah versi lain yang saya ambil dari web kawan saya, en zain
Perhatikan gambar orang tua bongkok, yang timbul ialah bahagian dalam. Ini ialah syiling bismillah yasin 9. Syiling cantik dan di katakan di perolehi dari alam bunian.

Gambar ke 3 , dari google search. Saya fikir gambar ke 3 adalah cubaan untuk meniru syiling asal yang tak jadi. Lihat detail tulisan dan bahagian design tepi syiling tidak timbul. Warna tembaga juga tidak sama
dgn koin asal dan tembaga melimpah ke tulisan yang lain.

 Syiling pedang bersilang di atas bersaiz syiling 50sen.
Tapi yang timbul ialah bahagian dalam.
Kesimpulannya syiling2 ini dari tempat yang sama.
DARI ALAM SEBELAH..........??????

Friday, 17 January 2014

Yasin perak kupu2 orang tua bertongkat


Syiling yasin org tua bertongkat dan belakang yasin 3 atau 5 atau 7 atau 9 memang selalu kita lihat. Sebab selalu lihat dan senang dapat maka ada yg anggap yasin ni buatan baru dan kadang2 harga pun boleh dapat dalam rm30 atau rm50 dan rm100. 
Tapi yang belakang dia kupu-kupu agak rare dan susah juga nak jumpa. Yasin di atas kawan saya dah simpan sebagai koleksi dia selama 6 tahun. Dia beli dari seorang kawan yang telah menyimpan syiling di atas selama 30 tahun. Dan syiling di atas di beli arwah bapa nya sewaktu menunaikan haji. Memang lah syiling ni nampak baru sebab di jaga dengan baik dalam lipatan kain. Bahagian tepi syiling ni memang licin dan tak ada rasa tajam, ciri2 untuk semua cetakan syiling perak awal yang original.

 
Syiling Yasin 3 di atas adalah syiling yang senang kita jumpa dengan harga yang tidak
berapa mahal. Perhatikan muka depan yang sama. Ini meyakinkan saya bahawa 2 syiling di atas dibuat di tempat yang sama. Cuma design belakang saja yang berbedza. Bukan mudah untuk membuat blok untuk cetakan orang tua bertongkat secantik syiling di atas. Kesimpulan saya, kedua2 syiling di atas di buat di tempat yang sama dan sama2 amat bernilai. Jangan di sebabkan anda dapat membelinya dengan harga rm50 maka anda tidak menghargai nya.

Cuma mungkin sesuatu yang boleh sy katakan ialah tentang bunyi syiling ini bila dilagakan. :Letakkan syiling yang ingin ditest atas ibu jari kiri. Ambil syiling lain, juga letakkan atas ibu jari kanan. Kemudian lagakan keduanya. Syiling di jari kanan di turunkan dan kena pada syiling kiri. Syiling original bunyi ting dia nyaring dan ada gema lagi yg hampir 4 saat. Yg kurang bermutu gema dia pendek.





Tuesday, 14 January 2014

RARE - Orang tua bongkok pikul bungkusan

 
Masa mula2 lihat syiling ni di internet, saya dah jatuh cinta kat syiling ni. Melihat kepada betapa halus buatan dan cantiknya syiling ini. Bila tanya harga, terus saya lupakan niat utk memilikinya. Tapi semalam kawan bawa syiling ni kata nak beli tak. Peluang yang datang tak selalu. Kalau syiling ni banyak edaran nya di market, cuba lah tanya harga, atau owner akan kata NFS.

Ini ialah beberapa keping syiling yasin dari timah hitam berkaitan dengan orang tua bongkok pikul bungkusan atau harta karun.






Apa sebenarnya maksud orang tua pikul bungkusan ni, dari gagah tegap sampai ke bongkok tiga dan bertongkat lagi. Adakah membawa maksud yang manusia ni tak akan puas nak mengumpul harta hinggalah ke usia tua bongkok.

Wednesday, 1 January 2014

Syiling Yasin RARE - Harga Promosi 2014

S
Saya ingin menjual semua syiling di atas dengan satu harga iaitu rm 7 ribu sahaja.  Kalau nak beli asing2, sekeping saya jual rm 900. Syiling di atas sy nak jual sebab kebetulan saya ada lebih dari sekeping. Kalau ada sekeping sahaja memang saya tak jual. Saya tak jual selagi masih ada rezeki dan jarang ada offer yang ribu2. Kalau pembeli pun cuma mampu dalam rm300 memanglah sy tak jual sbb sy beli pun dengan harga yang mahal, lebih2 lagi untuk design yamg rare.

Antara syiling yg rare di atas ialah  1),syiling kaabah   2),syiling kaabah antara dua pokok kurma   3).syiling bismilah7   4.)syiling tongkat bercabang kecil dan besar, syiling ni 2 tahun lepas masa tgh hot, harga dia sampai 50000 sekeping, sekarang pun masih di cari cuma bergantung kepada tukang   5).syiling yasin ayam laga, ni pun jarang keluar kat mudah, sepanjang 3 tahun ni rasanya baru 2 kali sy lihat orang jual kat mudah. kat blog pun jarang ada.  6)syiling yasin wak dogol, ada jual kat mudah tapi ribu2.  7)syiling yasin wali 7, ni pun jenis yang sentiasa di cari2 sampai bila2. memang tak rugi beli, lagi pun yang ini gambar detail dan ori lagi. 8) syiling bismilah kota, ada jual kat mudah sekali sekala  9)syiling burung, yasin wafak 4 penjuru. Yang lain2 tu syiling perak dan agak biasa dan banyak di jual di mudah.my. dengan harga yang kadang2 ribu2 juga sekeping. Bergantung kpada penjual.

Kalau berkenan sila hubungi saya,  sukor di  0137708080.  Nak sms pun boleh sbb boleh sy jawab bila sy lapang. Siapa dulu,dia dapat. Booking boleh, bayar rm50 sahaja dulu. Saya hold untuk 5 hari. Lepas tu booking tn akan terbatal dengan sendirinya jika pembayaran penoh belum dibuat dan sy boleh jual pada customer lain  Duit booking tidak saya kembalikan sebab di kira dalam kos saya menguruskan sesuatu yg tak berhasil, lagi pun untuk menyenangkan kerja saya supaya yang booking tu dah 80 peratus gerenti nak beli. Harap tak menyusahkan tuan2.
 Yasin wali 7 ni yang cantik dan original macam kat mudah.my ni memang lah mahal. 35k tu. Anda nilaikan dengan harga offer yang saya beri. Kalau anda rasa yasin wali 7 yang saya jual pun sama original, cepat2 lah booking, nanti lambat di ambil orang, tentu menyesal tak sudah.

Ini pulak koleksi yasin di mudah.my di jual dengan harga 55k. Anda nilaikan sendiri harga offer yang saya beri. Ada 17 keping. Harga cuma 7k.  Kalau beli semua lah.
Beli satu2 harga rm900.

 Tak salah letak harga mahal. Bergantung atas persetujuan penjual dan pembeli.
Kalau setuju, memang tak ada unsur2 penipuan. Barang lama memang macam itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...