Showing posts with label syiling yasin. Show all posts
Showing posts with label syiling yasin. Show all posts

Friday, 11 April 2014

Syiling Yassin - satu perbandingan.





Sila perhatikan syiling yasin di atas. Perbedzaan antara buatan tangan, keadah kuno yg kita tak pasti macam mana dengan buatan mesin, keadah moden secara stamping dan syiling yang dihasilkan di kilang secara banyak. Lihat syiling secara stamping ada kesan timbul tajam pada tepi syiling.
Syiling paling lama di atas ialah syiling united states of america quarter dollar, liberty (in God we trust) tahun 1969.

Thursday, 3 April 2014

Syiling yasin 5, tongkat bercabang




Syiling di atas memang biasa kita jumpa di jual di mudah.my. Cuma yang istimewa syiling di atas ialah condition nya yang sangat cantik. Langsong tidak ada kesan tajam pada bahagian tepi syiling. Pattern syiling juga sangat jelas dan lain2 detail syiling juga timbul dengan sangat cantik. Ini lah pertama kali saya jumpa syiling secantik di atas. Saya dah ada syiling yang serupa di atas tapi aura nya tak sama. Tak secantik syiling di atas. Mula2 dapat syiling di atas kelihatan sangat putih seperti perak putih. Selalu syiling perak agak kusam sedikit. Ciri2 syiling yasin perak original ialah bahagian tepi syiling yang sangat licin dan tak ada langsong kesan2 tajam syiling. Setelah berlalu masa, syiling di atas kelihatan seperti kuning emas. Cara dapat, sama seperti syiling wali 1 atau syiling wali Allah di bawah.
Misteri.....

Thursday, 13 March 2014

Syiling yasin - Orang tua bongkok pandang kiri.






Sebelum ni saya dah ada yang tembaga. Belakang gambar pedang bersilang, org tua bongkok pandang kanan. Yang pandang kanan tu baru nak pergi. Yang tukang nak pandang kiri, katanya baru balik dari bawak harta karun. Ya, tukang nak yang perak dan belakang yasin 7. Macam dah cukup syarat je, tapi kenapa yasin saya terbalik. Memang pelik dan rare, Acuan yang perfect. Macam buatan baru. Tapi tak kesah lah, kalau buatan baru tentu nanti akan muncul banyak kat chow kit atau kat mudah.my .  Sama2lah kita nantikan kemunculan lebih banyak syiling2 yasin versi tembaga kuning cerah atau perak seperti di atas.

Syiling Yasin - Design baru muncul dengan warna tembaga baru.



Jenis tembaga kuning cerah ni tak ada tahun lepas. Baru muncul tahun 2014 dan dah ada kat mudah.my baru2 ni. Samada baru buat, saya pun tak pasti. Buatan nya kemas, acuan pun bagus cuma nampak macam baru, Perasan tak yang gambar ayam tu terbalik. Sama seperti syiling org tua bongkok pandang kiri di atas. Klik Sini.  Apa motif mereka buat syiling dengan gambar terbalik. Adakan sengaja atau bahan cetakan tu boleh senang2 di terbalikan. Ikut logic akal utk dapatkan cetakan positif kena buat acuan atau cetekan dalam reverse atau negative. Cetakan muka syiling yg terhasil mmg sgt jelas, timbul dan cantik. Bukan kerja mudah nak hasilkan acuan yg cantik seperti di atas. Kalau pakai teknologi komputer senanglah. Dan untuk buat acuan pakai teknologi laser.  Ingat acuan mesti bahan yang boleh tahan panas sehingga lebih 1000 darjah celsius.

Syiling yassin



Syiling yasin sebesar duit 50 sen. Acuan yang perfect. Sebab itu hasil nya sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...