Showing posts with label syiling purba. Show all posts
Showing posts with label syiling purba. Show all posts

Tuesday, 14 January 2014

Koleksi Syiling Gobog Wayang Milik ku

 
Gobog Wayang gambar pemburu dan gajah

 
Gobog wayang bawah pohon. Perhatikan koin gobog di bawah yang tiada lubang di tengah. Lihat betapa jelasnya cetakan pada syiling tembaga ini. Seolah2 lubang syiling ini di tebuk dengan teknologi leser. Dan cetakan tembaga yang sangat2 cantik pada dua muka syiling yang sama.
Tidak kah anda berasa takjub dan hairan.



 
Gobog wayang bawah payung. Perhatikan kalimah Allah, Muhammad dan Yassin pada design gobog di atas. Hasil seni yang sangat cantik dan jelas pada syiling tembaga.

 
Antara syiling gobog yang tercantik dan paling rare. Boleh saja di katakan sebagai masterpiece muzium. Ada cerita yang menarik untuk menceritakan gambar pada dua muka syiling di atas. Saya pernah mendengarnya dari seorang rakan dari indonesia. Sayang saja tidak saya ingat sepenuhnya. Syiling di atas melekat kuat dengan magnet, menandakan ada unsur2 besi kuning.


 
Syiling gobog di atas ada kesan tarikan pada magnet tapi tidak berapa kuat. Rasanya ini antara syiling gobog terawal sebab tidak ada ciri2 keislaman seperti bulan sabit dan bintang. Saiz hampir 2inch diameter.


 
Gobog timah hitam. Perhatikan bulan sabit dan bintang di muka syiling di atas. Saiz paling besar, 3 inch.

 
Koin gobog ini kecil sedikit dari syiling gobog timah hitam pertama tadi.

 
Koin gobog timah hitam yasin. Kalau anda perasan ada versi syiling ini di perbuat dari tembaga kuning. Sila lihat posting sebelum ini.

Tuesday, 10 December 2013

RARE - Syiling purba kuno tembaga besar dan berat gambar gajah ular


Syiling ini memang besar dan berat. Diameter dalam 6cm.  Hasil kalian dari internet yang saya rujuk mengatakan syiling serupa ini di buat pada abad 13 ke 14 masihi. Syiling ni melekat dengan magnet. Ada unsur besi kuning kot, saya pernah lihat syiling serupa di blog lain, cuma syiling tu dari timah hitam. Yang jenis tembaga dan melekat kat magnet memanglah rare dan lagi susah nak jumpa. Saya beli dari kawan kat kelantan yang dapat ni dari sorang tua yang dah lama menyimpan nya. Dijual sbb ada hal terdesak. Nasib baik kawan tu pun tak ambil untung banyak.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...