Showing posts with label one trade dollar. Show all posts
Showing posts with label one trade dollar. Show all posts

Wednesday, 22 January 2014

Very Rare - Nabi Khidir pegang tongkat pikul bungkusan







Sekali pandang mungkin anda tak rasa koin di atas rare. Keadaan rupa syiling yang bersih dan bersinar membuat kita fikir yang koin ini buatan baru dan bila buatan baru, harga pun tak mahal dan tak rare.Tapi bila anda perhatikan betul2 koin ni baru anda dapat rasakan apa yang saya rasa. Lihat muka depan syiling ni, design pattern cina seperti one dollar trade.
Design border yang jelas dan timbul. Perhatikan orang tua bongkok pada muka depan koin. Bahagian yang timbul ialah outline orang tua bongkok sampailah kepada detail kasut dan tongkat. Ini lain dari kebiasaan koin dimana selalu yang timbul ialah bahagian dalam dan bukan outline seperti koin di atas.
Lihat juga detail dimana pedang bersilang di muka ke 2 koin. Sangat perfect. Kita tanya diri kita bagaimana koin tembaga ini dibuat. Sudah tentu bukan dengan keadah stamping dan die cast. Sebab kita boleh lihat pemukaan syiling ini tidak rata seperti syiling tembaga yg di buat dengan keadah stamping. Keadah stamping, ada sheet tembaga, Tebuk bnyk2 syiling kosong, di bersihkan kemudian baru cetak satu2 design yg telah diukir pada block pencetak.
Jadi syiling di atas di buat dengan keadah moulding di mana ada cecair tembaga panas yang di tuang ke dalam acuan tanah liat  atau tembaga panas yang di tekap antara dua muka acuan. Ini andaian saya sahaja.
Cuma yang menjadikan syiling di atas rare ialah hasil yang di perolehi dengan keadah yang sangat kuno. Dengan keadah moulding, tembaga cair pada suhu atas1000 darjah celcius dan keras dalam masa yg cepat, susah untuk kita memikirkan bagaimana koin ini terhasil. Kalau anda perhatikan syiling2 tembaga masakini yang cantik2 di buat dengan teknologi laser dan komputer utk block pencetak dan keadah stamping. Hasilnya permukaan syiling yang sangat rata dan tak ada buble atau lekuk2 halus.

Lihat outline pada tangan atas tongkat pada syiling di atas. Sangat jelas , tidak ada tembaga yang tersekat. Fikirkan tentang ruang udara pada design yang sangat halus, sepatutnya mesti ada garisan "outline" yang terputus sewaktu tembaga panas memenohi ruang2 halus pada dua2 muka syiling ini.
Sebenarnya sy tak pernah lihat ukiran timbul seperti ini pada mana2 bekas tembaga lama yang saya kumpul selama ini. Selalunya ukiran pada bahan tembaga adalah dengan keadah mengetuk dengan peralatan tertentu. Menghasilkan garisan2 halus timbul yang sangat rapat seperti design koin tembaga di atas adalah sesuatu yang baru dan sungguh menakjubkan.

Akhirnya koin di atas bila dilagakan menghasilkan bunyi yang sungguh nyaring menandakan tembaga di atas adalah padu. Lebih menyeronokkan, saya beli koin tembaga ini dari sorang kawan. Dia kata dapat dari sorang pawang ni yang dapat syiling ni daripada alam bunian, melalui permohonan. Dan lagi tongkat tu tak ada bahagian lebih dari atas tangan. Ciri2 yang diinginkan oleh jemaah tarik duit. Bagi saya syiling di atas tetap misteri, cantik buatannya dan very rare.



2 gambar di atas adalah versi lain yang saya ambil dari web kawan saya, en zain
Perhatikan gambar orang tua bongkok, yang timbul ialah bahagian dalam. Ini ialah syiling bismillah yasin 9. Syiling cantik dan di katakan di perolehi dari alam bunian.

Gambar ke 3 , dari google search. Saya fikir gambar ke 3 adalah cubaan untuk meniru syiling asal yang tak jadi. Lihat detail tulisan dan bahagian design tepi syiling tidak timbul. Warna tembaga juga tidak sama
dgn koin asal dan tembaga melimpah ke tulisan yang lain.

 Syiling pedang bersilang di atas bersaiz syiling 50sen.
Tapi yang timbul ialah bahagian dalam.
Kesimpulannya syiling2 ini dari tempat yang sama.
DARI ALAM SEBELAH..........??????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...