Showing posts with label syiling kaabah. Show all posts
Showing posts with label syiling kaabah. Show all posts

Wednesday, 9 April 2014

Rare - Yasin bismillah 1, bismillah 2, bismillah 3, bismillah 4, bismillah 5, bismillah 6, bismillah 7, bismillah 8 dan bismillah 9.











Akhirnya lengkap juga koleksi yasin bismillah saya dari yasin bismillah 1 hingga bismillah 9. Rasa puas yang tak terkata. Saya ada melihat yang serupa di blog lain, juga ada di jual di mudah.my baru2 ni. Cuma yang membuat saya gembira ialah syiling yang saya dapat di atas lebih cantik cetakan atau moulding dia, Kecuali pada yasin bismillah 3 yang tulisan nya agak tebal sikit.
Mengikut penjual yasin ini dapat dari bandung, indonesia. Tapi yang saya dapat 4 keping dari penjual dari nepal. Walau apa pun, yasin bismillah di atas tetap cantik buatan nya dan akan saya simpan untuk koleksi berharga saya.

Saturday, 29 March 2014

Syiling kaabah


Yasin 6, Bismillah 1, yasin kaabah antara dua pokok kurma.

Friday, 14 March 2014

Duit syiling yasin






Yasin kaabah perak di atas saya baru dapat, tak confirm buatan baru atau lama. Beli di pasar tani dengan harga 17 kali lebih murah dari yang tembaga. Yang tembaga tu dapat 2 tahun lepas. Memang saya confirm tembaga lama dan original. Dan dapat pun dari org tua yang dah lama menyimpan syiling tersebut. Cuma yang saya musykil ialah dua2 buatan sama cantik dan seolah2 dari acuan yang sama.


Yang tembaga saya baru dapat kat pasar tani. Harga sama macam syiling yasin kaabah perak kat atas. Buatan sama cantik macam dari acuan yang sama. Tapi kenapa yang satu murah sangat dan yang satu lagi tu mahal sangat. Seolah2 orang yang pertama dapat syiling ni, dapat dengan cara percuma, bukan di beli. Jadi dia jual dengan harga yang  asal dapat duit pada orang ke dua. Dan saya pembeli ke tiga. Atau pembeli pertama beli secara borong, beli banyak2 dari pengilang dengan harga yang betul2 murah. Kat pak syeikh kelantan tu pun tak ada yang versi macam ni. Yang dia ada jenis timah hitam yang biasa2 dan jenis perak asam mekah design biasa jumpa. Harga dia jual pun agak mahal jugak. Kalau jumpa kat pasar2 karat pun harga sekitar rm200 ke atas.
Kalau nak kata senang dapat pun tak lah senang sangat. Harga masih mahal lagi kat mudah.my   ....

Wednesday, 1 January 2014

Syiling Yasin RARE - Harga Promosi 2014

S
Saya ingin menjual semua syiling di atas dengan satu harga iaitu rm 7 ribu sahaja.  Kalau nak beli asing2, sekeping saya jual rm 900. Syiling di atas sy nak jual sebab kebetulan saya ada lebih dari sekeping. Kalau ada sekeping sahaja memang saya tak jual. Saya tak jual selagi masih ada rezeki dan jarang ada offer yang ribu2. Kalau pembeli pun cuma mampu dalam rm300 memanglah sy tak jual sbb sy beli pun dengan harga yang mahal, lebih2 lagi untuk design yamg rare.

Antara syiling yg rare di atas ialah  1),syiling kaabah   2),syiling kaabah antara dua pokok kurma   3).syiling bismilah7   4.)syiling tongkat bercabang kecil dan besar, syiling ni 2 tahun lepas masa tgh hot, harga dia sampai 50000 sekeping, sekarang pun masih di cari cuma bergantung kepada tukang   5).syiling yasin ayam laga, ni pun jarang keluar kat mudah, sepanjang 3 tahun ni rasanya baru 2 kali sy lihat orang jual kat mudah. kat blog pun jarang ada.  6)syiling yasin wak dogol, ada jual kat mudah tapi ribu2.  7)syiling yasin wali 7, ni pun jenis yang sentiasa di cari2 sampai bila2. memang tak rugi beli, lagi pun yang ini gambar detail dan ori lagi. 8) syiling bismilah kota, ada jual kat mudah sekali sekala  9)syiling burung, yasin wafak 4 penjuru. Yang lain2 tu syiling perak dan agak biasa dan banyak di jual di mudah.my. dengan harga yang kadang2 ribu2 juga sekeping. Bergantung kpada penjual.

Kalau berkenan sila hubungi saya,  sukor di  0137708080.  Nak sms pun boleh sbb boleh sy jawab bila sy lapang. Siapa dulu,dia dapat. Booking boleh, bayar rm50 sahaja dulu. Saya hold untuk 5 hari. Lepas tu booking tn akan terbatal dengan sendirinya jika pembayaran penoh belum dibuat dan sy boleh jual pada customer lain  Duit booking tidak saya kembalikan sebab di kira dalam kos saya menguruskan sesuatu yg tak berhasil, lagi pun untuk menyenangkan kerja saya supaya yang booking tu dah 80 peratus gerenti nak beli. Harap tak menyusahkan tuan2.
 Yasin wali 7 ni yang cantik dan original macam kat mudah.my ni memang lah mahal. 35k tu. Anda nilaikan dengan harga offer yang saya beri. Kalau anda rasa yasin wali 7 yang saya jual pun sama original, cepat2 lah booking, nanti lambat di ambil orang, tentu menyesal tak sudah.

Ini pulak koleksi yasin di mudah.my di jual dengan harga 55k. Anda nilaikan sendiri harga offer yang saya beri. Ada 17 keping. Harga cuma 7k.  Kalau beli semua lah.
Beli satu2 harga rm900.

 Tak salah letak harga mahal. Bergantung atas persetujuan penjual dan pembeli.
Kalau setuju, memang tak ada unsur2 penipuan. Barang lama memang macam itu.

Wednesday, 4 January 2012

Duit Syiling Yasin Wali 7









Satu ketika dahulu duit ini di cari kerana ada pihak yang percaya duit ini boleh mendatangkan rezeki dengan cara ghaib, boleh di buat sebagai medium untuk pelaris dan ada juga mengunakannya sebagai azimat dan pemurah rezeki.. Syiling yang original semakin sukar di dapati dan harga pasaran tersangatlah mahal. Buatan yang terkemudian detail tidak berapa jelas. Jika yassin wali 7 milik anda mempunyai detail yang jelas seperti di atas, elok anda simpan sebagai suatu barang lama yang sungguh berharga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...