Tuesday 14 January 2014

Koleksi Syiling Gobog Wayang Milik ku

 
Gobog Wayang gambar pemburu dan gajah

 
Gobog wayang bawah pohon. Perhatikan koin gobog di bawah yang tiada lubang di tengah. Lihat betapa jelasnya cetakan pada syiling tembaga ini. Seolah2 lubang syiling ini di tebuk dengan teknologi leser. Dan cetakan tembaga yang sangat2 cantik pada dua muka syiling yang sama.
Tidak kah anda berasa takjub dan hairan.



 
Gobog wayang bawah payung. Perhatikan kalimah Allah, Muhammad dan Yassin pada design gobog di atas. Hasil seni yang sangat cantik dan jelas pada syiling tembaga.

 
Antara syiling gobog yang tercantik dan paling rare. Boleh saja di katakan sebagai masterpiece muzium. Ada cerita yang menarik untuk menceritakan gambar pada dua muka syiling di atas. Saya pernah mendengarnya dari seorang rakan dari indonesia. Sayang saja tidak saya ingat sepenuhnya. Syiling di atas melekat kuat dengan magnet, menandakan ada unsur2 besi kuning.


 
Syiling gobog di atas ada kesan tarikan pada magnet tapi tidak berapa kuat. Rasanya ini antara syiling gobog terawal sebab tidak ada ciri2 keislaman seperti bulan sabit dan bintang. Saiz hampir 2inch diameter.


 
Gobog timah hitam. Perhatikan bulan sabit dan bintang di muka syiling di atas. Saiz paling besar, 3 inch.

 
Koin gobog ini kecil sedikit dari syiling gobog timah hitam pertama tadi.

 
Koin gobog timah hitam yasin. Kalau anda perasan ada versi syiling ini di perbuat dari tembaga kuning. Sila lihat posting sebelum ini.

2 comments:

  1. Agak-agak brapa nilai untuk Koin gobog timah hitam yasin ni?

    ReplyDelete
  2. Salam. Sekadar berkongsi secebis pengalaman. Diceritakan bahawa besi kuning adalah raja segala besi. Semua jenis besi akan cair atau lebur pabila terkena besi kuning atau si pemakai besi kuning memegang apa juga jenis besi. Menurut seorang rakan dari Jawa Barat, besi kuning yang dipinjamkan kepadanya adalah sebesar jarum dan mempunya tempat simpannya. Orang yang memiliki besi kuning juga dikatakan tidak lut senjata serta mempunyai keistimewaan lain. Sejauh manakah kebenarannya mitos dan mistik besi kuning adalah misteri...wallahuwaklam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...